Home Pilihanraya SARAWAK
Pilihanraya SARAWAK
Manifesto BN - Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10 PDF Print E-mail
User Rating: / 8
PoorBest 
Tuesday, 12 April 2011 15:19

Kuching 11 April 2011 Jentera Parti Barisan Nasional Sarawak telahpun melancarkan Manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak di Dewan MUC Sibu pada 7 April 2011 yang lalu. YAB Tan Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan manifesto tersebut dan ianya dilihat sebagai satu tarikan dan juga sesuatu yang memang dinantikan oleh keseluruhan rakyat disini.

Tema Rakyat Makmur, Kehidupan Selesa, Negeri Aman Menjaminkan Masa Hadapan Anda Dengan Barisan Nasional merupakan kesinambungan perkhidmatan kerajaan Barisan Nasional untuk semua rakyat Sarawak demi memacu negeri ini ke tahap yang lebih membanggakan lagi. Manifesto ini juga telah dicetak didalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban dan juga Bahasa Cina yang merangkumi semua keperluan rakyat di Bumi Kenyalang ini iaitu :

  • Memelihara Keamanan, Keharmonian, Kestabilan dan Tadbir Urus Yang Baik Untuk Sarawak.

  • Memelihara Alam Sekitar, Budaya, Warisan Dan Kepercayaan Semua Kaum.

  • Menyediakan Peluang Pekerjaan Untuk Semua.

  • Menjana Lebih Banyak Peluang Perniagaan Untuk Semua.

  • Menyediakan Peluang Pendidikan Untuk Anak-Anak.

  • Menjamin Hak Rakyat Keatas Tanah Mereka Dipelihara.

  • Meningkatkan Mutu Dan Kualiti Hidup Golongan Yang Miskin Dan Kurang Bernasib Baik.

  • Memastikan Mutu Jalanraya, Bekalan Air Dan Elektrik, Khidmat Kesihatan dan Perumahan Sentiasa Dipertingkatkan.

Kesemua ini menunjukkan kecenderungan Kerajaan BN Sarawak yang mempunyai rancangan yang jelas bagi memastikan Bumi Kenyalang ini berada dilandasan yang tepat untuk menjadi negeri yang termakmur di Malaysia.

Keseluruhan rakyat disini harus memastikan agar kesemua ini dapat dilakukan dengan jayanya iaitu dengan cara memilih kerajaan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Negeri kerana hanya melalui Barisan Nasional sahajalah ianya dapat dilakukan berbanding dengan slogan-slogan retorik parti-parti lain yang bukan kearah untuk kepentingan rakyat semua kaum tetapi hanya untuk beberapa kerat pemimpin mereka sahaja.

 
Anwar Patutnya Tidak Melenting Pasal Jam Omega, Wartawan Tanya Cari Fakta PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Mohd Ikmal   
Tuesday, 12 April 2011 09:08

 

MIRI, 11 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tertekan dengan ajuan pertanyaan yang menyentuh peribadinya, menyebabkan beliau melenting terhadap wartawan di Kuching semalam.

Ahmad Zahid berharap perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa depan kerana seseorang pemimpin mesti tenang dalam menghadapi apa jua keadaan.

“Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu tidak sepatutnya melenting kerana wartawan hanya menjalankan tugas untuk mencari fakta kebenaran”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan veteran Angkatan Tentera Malaysia negeri Sarawak di Gymkhana di sini, hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas insiden Anwar melenting terhadap wartawan ketika diajukan soalan berkaitan jam tangan Omega yang dikaitkan dengan isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang semalam.

“Apa yang berlaku semalam tidak pernah lagi berlaku sebelum ini,” kata Zahid.

Tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan telah menyerahkan video serta jam tangan jenama Omega yang didakwa ditemui di tempat kejadian kepada polis. -UMNO-Online

 
SUPP fights back. Can DAP take the heat ? PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Razman   
Monday, 11 April 2011 16:44

 

Miri, 11 Apr 2011

SUPP fights back. Can DAP take the heat ?

It was during this exclusive with Dr George Chan of SUPP Sarawak, that KritisOnline pushed for an answer from him whether SUPP is going to keep sitting back and take the firing squad from DAP, or fight back on level playing field against the tremendous amount of accusations hurled by DAP against him. This time...... he answers it quite well. SUPP is going to fight back ? Watch the exclusive.

 


ArtCreative Design and Custom coding

 
Sarawak Oh Sarawak! Bujang Senang hanya ada di Sarawak... PDF Print E-mail
User Rating: / 7
PoorBest 
Written by cintaquraina@gmail.com   
Monday, 11 April 2011 12:00

Perkara pertama yang perlu diketahui mengenai Sarawak adalah "sungai". Sarawak merupakan satu-satunya negeri dalam Malaysia yang punyai beratus cabang sungai dengan Sungai Rajang menjadi sungai utama dan terpanjang iaitu sejauh 563km yang menyambungkan Laut Cina Selatan hingga ke pendalaman Sarawak. Kapit dicatatkan sebagai hulu sungai yang paling jauh boleh dimudiki. Dengan keluasan muka-bumi berjumlah 124,449 km persegi, Sarawak menjadi negeri terbesar yang pernah wujud selepas Sabah (73,613 km persegi). Bahkan kombinasi dua negeri di kepulauan Borneo ini mengatasi mana-mana keluasan negeri yang ada di Semenjung Malaysia. Pahang yang dicatatkan sebagai negeri terbesar di Semenanjung pula hanya punyai keluasan berjumlah 35,960 km persegi - tidak sampai satu pertiga dari keluasan negeri Sarawak.

Mengikut bancian terakhir tahun 2010, kepadatan penduduk dikira dengan keluasan sesebuah negeri meletakkan Sarawak pada kedudukan yang paling bawah iaitu 22 orang /km - jauh dari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) iaitu 6,920 orang /km. Kepadatan penduduk yang terlalu sikit ini membuatkan jalanraya bukanlah sebagai "jalan penghubung utama" - sebaliknya sungai telah dikenal-pasti semenjak dahulu lagi sebagai jalan-penghubung yang efisien dan murah. Bayangkan sahaja jika 1 km jalan-raya bertaraf "super-highway" menelan belanja tidak kurang dari RM3 juta tetapi di kiri dan kanan "super-highway" tersebut hanyalah hutan belantara yang dihuni oleh haiwan-haiwan buas dan mergastua. Ianya adalah suatu yang tidak praktikal dari sudut ekonomi oleh mana-mana pakar ekonomi dalam dunia sekali pun.

Menyentuh perihal ekonomi Sarawak pula, pertanian dan perikanan adalah sumber pekerjaan utama rakyatnya walaupun setelah minyak dikenal-pasti terdapat di negeri tersebut terutamanya di Miri. Mungkin atas faktor budaya dan etnik menyebabkan perkembangan pendidikan agak perlahan terutama suku-suku kaum tertentu yang tidak mahu atau "agak berat" untuk meninggalkan kawasan kelahirannya iaitu pendalaman Sarawak untuk menimba ilmu dan seterusnya memahiri secara khusus bidang pekerjaan yang berkaitan industri minyak. Justeru, 40,000 km persegi yang dikenal pasti sesuai bagi tanaman kekal di Sarawak telah dimajukan mengikut industri pertanian tersebut seperti sawit, padi, sagu dan lada hitam. Namun, sehingga kini hanya 16,000 km persegi yang dicatatkan diusahakan secara gigih sebagai ladang pertaniana kekal sedangkan ramai lagi rakyatnya terutama mengikut suku etnik kaum tertentu bercucuk tani secara tanaman-kontan. Selebihnya, mereka juga menjadi nelayan bagi mencari sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Jika bertanyakan tentang suku kaum, Sarawak dan Sabah merupakan negeri yang punyai suku kaum terbanyak pernah direkodkan dalam mana-mana sejarah Malaysia. Di Sarawak sahaja tidak kurang dari 20 suku kaum yang dikenal-pasti wujud dan aktif antaranya ialah Berawan, Bidayuh, Bisaya, Cina, Iban, Jawa, India, Kajang, Kayan, Kedayan, Kijaman, Kelabit, Kenyah, Kiput, Lun Bawang, Melananu, Melayu, Murut, Penan, Punan, Saban, Sikh dan banyak lagi.

Faktor suku kaum yang terlalu banyak dengan sistem undang-undang adat yang berbeza kadang-kala seperti mustahil bagi mana-mana pemimpin untuk menyatukannya. Tidak hairanlah, jika James Brooke hanya dapat bertahan seketika sahaja menjadi "Rajah" kepada negeri Sarawak sebelum akhirnya menyerahkan kembali negeri unik ini kepada pemerintah tempatan. Mungkin juga asakan demi asakan dari pahlawan-pahlawan Sarawak seperti Rentap dan Sharif Mashoor melunturkan semangat "Rajah Kulit Putih" itu. Keunikan Sarawak ternyata semakin terserlah bilamana negeri ini terlibat dalam kontroversi dua negara iaitu Malaysia-Indonesia dalam "Konfrontasi Indonesia" pada tahun 1962 dan 1966. Kemasukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada tanggal 16 September 1963 telah menyelamatkan negeri tersebut dan seterusnya mengamankan negeri itu dengan anak-tempatan diberi kuasa yang besar dan hampir penuh untuk menentukan hala-tujunya sendiri sebagai pemimpin negeri tersebut.

Setelah 48 tahun kemasukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dan kini dengan kehangatan pilihanraya negeri yang ke-10, saya sebenarnya tertanya-tanya apabila kuasa-kuasa yang seakan "Rajah Putih" dari semenanjung dan menggelarkan mereka sebagai Democratic Action Party (DAP), Parti KeAdilan Rakyat (PKR) mahupun Parti Islam Se-Malaysia (PAS) begitu ghairah mengenepikan mana-mana parti politik tempatan yang sudah sekian lama wujud seolah-olah tiada rasa hormat kepada anak tempatan. Mungkin perkara yang sama mahu saya tujukan kepada Barisan Nasional (BN); tetapi tiada pula parti komponen (BN) dari tanah Semenanjung yang begitu ghairah mahu bertapak untuk saya tegur - kerana bagi mereka komponen yang diwujudkan oleh anak tempatan seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United People's Party (SUPP) dan lain-lain lagi sudah cukup baik dan apa yang penting adalah kolaborasi parti tempatan dan parti-parti dari Semenanjung di bawah panji Barisan Nasional (BN).

Mungkinkah ada pihak yang lupa, hanya sungai Sarawak yang ada "Bujang Senang" dan "Bujang Senang" itu hanya wujud di Sarawak?

Jika ada yang terlupa, munkin rakyat Sarawak boleh mengingatkannya!

 

 

 

 
What kind of change do you want ? PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by admin2   
Sunday, 10 April 2011 18:32

Miri, 10 Apr 2011

For DAP ,change means pointing fingers
For DAP,change means complaining
For DAP change means ceramah
For DAP ,change means making noise

For BN,change means solving problems
For BN ,change means development
For BN, change means higher income for everyone
For BN, change is real...

What does DAP have to offer?
CHANCES vs CHANGES.....

 
«StartPrev1234567NextEnd»

Page 3 of 7
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline