ArtCreative Design and Custom coding MERLIMAU 06hb Mac 2011 – Markas utama PAS Merlimau menyaksikan Wu Beng Chao – Dewan Penyokong PAS membicarakan tentang kedatangan Islam dan penerimaan semua kaum terhadap kehadiran Islam khususnya yang diperjuangkan oleh PAS. Wu Beng Chao jelas menyarankan Melayu Merlimau untuk memberi undi kepada PAS.
Kaum Cina di Merlimau juga dilihat hadir untuk mendengar beberapa siri ceramah anjuran DAP dan penceramahnya adalah PAS. Kehadiran kaum Cina menyokong calon PAS memberi indikasi yang baru dalam senario politik negara kita ini. Kehadiran kaum Cina yang menyokong PAS memperlihatkan bahawa PAS hari ini di terima oleh DAP atas alasan politik. Sokongan antara PAS dan DAP, dua haluan berbeza menunjukkan bahawa kolaborasi mereka hanya bertujuan untuk politik dan mendapatkan kuasa. Rayuan jelas kelihatan adalah untuk orang Melayu menyokong PAS dalam usaha untuk memenangi pilihan raya kecil Merlimau.
03hb Mac 2011 Kerdau Jam 9.30pm Persekitaran kawasan ceramah yang akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim dalam usaha kempen Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi Kerdau. Anwar Ibrahim dijangka akan berceramah.
Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sudah bersedia bagi mendengar kempen PKR. Menurut makluman, dijangka penceramah Pakatan Rakyat turut akan menyerang Ummi Halfida sebagai alat BN untuk berkempen.
Kempen sebegini akan berterusan dan akan semakin hangat apabila sampai ke hari pembuangan undi. Apa pun diharapkan kehangatan ini tidak mengundang peristiwa-peristiwa yang tidak diingini.
3hb Mac 2011 – 8.26pm Kerdau. Anwar Ibrahim dijangka akan memulakan siri kempen beliau di Kerdau setelah hadir di Merlimau untuk menyemarakkan kempen Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil di sana. Kempen akan menjadi semakin hebat di Kerdau apabila kedatangan Anwar Ibrahim juga akan menyaksikan kehadiran Ummi Halfida bagi menyemarakkan kempen Barisan Nasional.
Media Kritis turut dihantar untuk menyaksikan pertembungan kedua-dua mereka dan difahamkan BN akan meletakkan penceramah yang pernah dan ada kaitan sama ada dengan Anwar Ibrahim mahupun pernah menyertai perjuangan Parti Keadilan Rakyat untuk menyaingi kempen PR. Saingan dalam ceramah ini akan memberi ruangan luas kepada penduduk Kerdau untuk berdepan dengan kempen rancak kedua-dua parti bertanding – UMNO (BN) dan PAS ( Pakatan Rakyat).
Adalah difahamkan krew Kritis On Line sudah berjaya mendapatkan temu bual eksklusif dengan Ummi Halfida dan kami akan menyiarkan siri temu bual tersebut sebentar lagi. Sementara itu pihak kami masih menantikan maklumat sama ada Anwr Ibrahim Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat akan hadir seperti yang diberitakan bagi siri kempen beliau di sini. Ramai yang ternanti-nanti kehadiran Anwar Ibrahim yang dijangka berceramah pada masa yang sama, dikawasan yang sama dengan Ummi Halfida. Ummi Halfida yang timbul dalam isu pertuduhan kes liwat 1 Anwar Ibrahim dijangka akan mendedahkan perkara-perkara yang melibatkan Ketua UMUM tersebut dan beliau merupakan adik kepada Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali. Ummi yang mula timbul semula setelah senyap beberapa tahun mendedahkan kehadirannya adalah untuk menyelamatkan negara ini. Nantikan laporan Kritis-On Line dalam isu ini serta temu bual yang telah kami adakan. Kritis