PAS sudah ke depan di Kerdau, masih tertinggal di Merlimau Dalam senario politik negara sekarang, kalau rakan politik tidak membantu, peluang untuk menang adalah gelap. Kalau di lihat senario PAS di Kerdau, ramai daripada orang kuat Pemimpin Pakatan datang setiap hari untuk bantu. Lihat sahaja kepada markas PAS yang berada di depan Command Center Barisan Nasional. Lihat bagaimana mereka masuk dan keluar kampung - kampung yang berada di tepi jalan di antara Temerloh dan bandar Jerantut. Lihat bagaimana orang kampung sambut kedatangan Pemimpin Pakatan daripada sambut pemimpin Barisan Nasional di Kerdau.
Di banding dengan ketidak hadiran pemimpin - pemimpin kuat Pakatan di Merlimau. Yang di hantar membantu di Merlimau tidak kurang daripada Ketua AMK saudara Shamsul Iskandar, tetapi kontrovesi yang selindung disebalik masalah pemilihan PKR dulu masih tidak selesai dan yang hadir hanya dari kem saudara Sham, bagaimana pulak dengan parti parti Pakatan yang lain seperti DAP, di mana Setiausaha Agungnya adalah orang Melaka. PAS mempunyai peluang untuk rampas kedua dua PRK ini kalau strategi diubah dengan cepat dan serious, dan konsep pentingkan kawan dari kemenangan mesti dipandang serious oleh pemimpin - pemimpin PAS dalam gelombang pos 2008 Tsunami.
PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.
Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.
KUALA TEKIL - Ketua Kampung Kuala Tekil atau Tok Empat, Syed Ibrahim bin Syed Ahmad 63 tahun kelmarin memaklumkan bahawa hampir sebahagian besar penduduk kampung Kuala Tekil yang berjumlah sekitar lima ratus orang adalah bergantung kepada hasil pertanian seperti menoreh getah, kelapa sawit serta tanam-tanaman lain. Ujarnya, bergantung kepada saiz tanah yang dikerjakan rata-rata penduduk di sekitar kampung tersebut memperoleh pendapatan terkumpul sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Keadaan ini telah berlanjutan semenjak beberapa bulan yang lalu.
Semalam Panglima berkesempatan berkunjung ke Kerdau. Sebagai blogger separuh masa maka peluang diajak rakan blogger ke Kerdau tidak dilepaskan begitu sahaja. Lokasi pertama kami singgah di kedai kopi Idham Hj Sham bertentangan dengan markas PAS Pekan Kerdau.Masakan ikan patin di sana sangat sedap dan perlu dicuba jika berkesempatan ke sana.
Pada awalnya kami merancang ke majlis PM namun ramai rakan blogger yang sudah pergi ke sana maka tindakan mengubah arah perjalanan dibuat oleh 'pilot' kereta kami. Akhirnya sampailah kami di Kg Kuala Tekal dan Kg Lipat Kajang untuk bersama majlis DS Zahid Hamidi.
Sesi Pertama di Kg Kuala Tekal kami berkesempatan menemuramah Bapa Saudara Calon BN Kerdau bernama Syed Mahmud Syed Ahmad semasa solat Zohor di masjid kampung tersebut. Pertemuan tidak diduga selepas solat berimamkan beliau telah digunakan untuk mendapatkan pandangannya terhadap anak saudara beliau iaitu Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad calon BN Kerdau.
Katanya beliau berharap anak saudara Syed Ibrahim Syed Ahmad akan menjadi bakal Wakil Rakyat Kerdau kerana ketokohannya sebagai ahli agama yang telah lama menjadi pegawai khas Menteri Besar Pahang.
Beliau turut menyifatkan Umno ibarat abang kepada PAS yang disifatkan sebagai adik. Semenjak Merdeka hingga sekarang penduduk Kerdau tetap setia memilih Barisan Nasional yang jelas mampu memberi kebaikan kepada rakyat. Katanya jika nak pilih parti kena pilih yang mampu membantu rakyat. Jawatan beliau ialah Imam I Masjid Kg Kuala Tekal seperti gambar di bawah. Beliau turut hadir dalam majlis bersama DS Zahid (gambar bawah kiri sekali) Video DS Zahid mengulas lawatannya ke Turki akan dikeluarkan seketika nanti. Nantikan video yang akan diterbitkan beberapa ketika nanti.
Kami juga sempat menemuramah dengan abang Calon Kerdau iaitu Syed Agil Syed Ahmad,62 tahun bekas Komando Regimen 22 satu ketika dulu. Video beliau akan dikeluarkan seketika nanti yang 'panas' dengan kemarahan beliau terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap anak saudaranya yang dikatakan tidak memiliki sijil Al Azhar. Liputan majlis Naib Presiden UMNO DS Zahid Hamidi bersama penduduk kampung tersebut turut dibuat yang mana mereka sangat gembira dengan pertemuan tersebut. Berbagai permasalahan telah diselesaikan dengan berkat kunjungan DS Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan. Sesi berlangsung dengan penuh ceria dan gembira.
Kebanyakan penduduk kampung Kuala Tekal kebanyakannya adalah sanak saudara Syed Ibrahim Syed Ahmad Calon BN. Semasa majlis tersebut mereka berikrar untuk memastikan undi total kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad pada pengundian 6 Mac 2011 nanti.
Seterusnya pertemuan kedua dengan penduduk kampung Lipat Kajang turut diadakan. Pada awalnya DS Zahid telah menjelajah kampung sambil menunggang motor diiringi penduduk. Selepas itu beliau dihidangkan minum petang oleh penduduk setempat.
Sesi soaljawab wartawan dan blogger dengan DS Zahid Hamidi turut diadakan di sana dalam keadaan santai sambil minum petang.
Antaranya tentang isu-isu semasa seperti dakwaan PM tuduh Ikhwanulmuslimin ada kaitan dengan militan yang tidak benar sama sekali, tuduhan liar Tony Pua tentang isu pembelian kapal perang TLDM dan isu PTPTN. Video jawapan beliau boleh dilihat di sini http://www.facebook.com/ Ia juga akan diceritakan panjang lebar dalam siri II nanti.
Video Temuramah dengan Bapa Saudara Calon BN Kerdau