Home Terjemahan Akhbar Cina
Terjemahan Akhbar Cina
Politik perkauman tidak pernah lapuk PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Q   
Monday, 05 March 2012 02:08




Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16
Tarikh: 18 Februari 2012 (Sabtu)

Tajuk:

“Politik perkauman tidak pernah lapuk”
Ditulis oleh: Chang Long Yan (Penyelidik Akademi Kewartawanan & Infomasi Taima)

Pada 18 haribulan Februari ini, adalah sesi perbahasan antara presiden MCA Datuk Seri Chua Sui Lek dengan setiausaha DAP Lim Guan Eng, tajuk perbahasan: “politik orang-orang Cina di persimpangan jalan: sistem Dwikuasa adakah menjadi sistem dwikaum?”, walaupun ramai orang sedang mengharapkan dan sedang menanti-nanti saat perbahasan ini tiba, terutama sekali sengketa pembahagian kerusi dalam majlis perbahasan tersebut semakin kecoh, tetapi bagi saya semua itu langsung tiada membawa sebarang makna.

Sejak saya pandai mengenal apa erti hidup ini, telah mendengar ramai dari kalangan orang Cina sebut tentang politik orang-orang Cina kini hadapi masalah kerana sedang berada di ambang persimpangan jalan, isu dwikuasa ini telah lama disebut semenjak di pertengahan tahun 1980-an dulu.

Sama ada sistem dwikuasa ini akan terbahagi kepada dwikaum, sama ada kehadiran dwikuasa ini negara kita akan lebih demokrasi ataupun tidak, persoalannya sama juga, ini semuanya masih tidak boleh dijangkakan.

Sebenarnya “sistem dwikuasa” telah wujud di Kelantan, hari ini diperintah oleh ahli dari Pakatan Rakyat iaitu Pas, dahulu BN juga pernah memerintah Kelantan.

Contoh yang nyata seperti Kelantan, membuktikan dwikuasa tidak dapat pertingkatkan sistem demokrasi, sebaliknya menyekat perkembangan demokrasi di Kelantan itu sendiri.

Read more...
 
Perlu Lebih Prihatin Terhadap Keperluan Pelajar Cina Di Institusi Kemahiran PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Q   
Sunday, 04 March 2012 15:01


Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 30
Tarikh: 17 Februari 2012 (Jumaat)

Tajuk:

“Perlu Lebih Prihatin Terhadap Keperluan Pelajar Cina Di Institusi Kemahiran”
Ditulis oleh: Chang Yaw Siong

Baru-baru ini di dalam akhbar mengumumkan berkaitan 20 buah institut kemahiran di bawah kementerian belia dan sukan, tahun ini dicadangkan membuat pengambilan sebanyak 10 peratus pelajar-pelajar Cina, pada masa sama institut-institut kemahiran berkaitan telah menubuhkan jawatankuasa penasihat, melantik 2 orang dari kalangan orang-orang Cina dalam jawatankuasa tersebut, mereka berperanan sebagai penghubung antara institut kemahiran dengan masyarakat Cina, pada masa sama juga sebagai penghubung untuk membantu institut melatih dan usaha sama dengan pihak swasta.

Semenjak saya jadi pengerusi cawangan gerakan pemuda di negeri Perak, dan seterusnya menjawat timbalan ketua gerakan pemuda kebangsaan, sering bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk melatih, mendidik, serta beri pendedahan kepada perkhidmatan kemasyarakatan untuk belia. Pada tahun-tahun sebelum ini, sasaran kita membuat pengambilan sekurang-kurangnya 10 peratus dari kalangan belia Cina ke institusi kemahiran, ia telah dilaksanakan mengikut apa yang telah ditetapkan, tetapi tidak tahu kenapa sekarang ini masih lagi timbul isu dan cadangan yang sama? Mengikut kefahaman saya, apa yang pelajar-pelajar Cina hadapi ialah selain daripada masalah bahasa di institut tersebut, masih ada lagi masalah penyesuaian diri dari segi makan minum, perbezaan agama, kerenggangan dan penyatuan antara kaum dan sebagainya, ia bukan apabila sasaran telah ditetapkan 10 peratus bermakna semua masalah sudah boleh diselesaikan.

Apa yang kami faham, kami tidak nampak senarai nama-nama pelajar yang dicadangkan oleh MCA yang dikatakan bekerjasama dengan institut kemahiran di Taiwan, ia juga di luar jangkaan kita, kenapa dari situ telah dapat permintaan yang agresif dari anak-anak muda kaum Cina, dari situ kita boleh lihat, bahawa anak-anak kaum Cina memang berminat untuk belajar di bidang kemahiran, kerana dapat dilihat dari segi sambutan yang positif itu. Tetapi kenapa di dalam negara kita amat payah untuk mendapatkan mereka untuk masuk belajar di institut-institut kemahiran kita dan juga dikatakan susah dapat tempat?

Penulis mencadangkan, boleh ambil rujukan perkara seperti di bawah ini, supaya dapat tambah bilangan dan nisbah pelajar Cina belajar di insitut kemahiran di negara kita:

Read more...
 
Lim Guan Eng - P. Pinang jadi negeri ibu asuhan kanak-kanak PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Q   
Sunday, 04 March 2012 11:48



Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A14
Tarikh: 12 Februari 2012 (Ahad)

Tajuk:

Negeri Pulau Pinang jadi “Negeri Ibu Asuhan Kanak-Kanak”
Ditulis oleh: Chang Long Yan

Ramai orang berpendapat, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang lebih hebat seperti apa yang dijangkakan, ia lebih baik daripada mana-mana pemimpin politik Cina yang lain, Saudara Lim Guan Eng lebih menyerlah dan hebat. Saya berpendapat, Lim Guan Eng lebih memahami keadaan realiti yang sebenar dan apa yang berlaku, dengan itu dia dapat bangkitkan semangat, walaupun beliau tidak dapat capai setinggi apa yang dimahukannya, namun dalam fikirannya semangat tetap berkobar-kobar.

Sebelum ini, saudara Guan Eng memberi duit sebanyak RM200 kepada bayi yang baru dilahirkan di Pulau Pinang, sekadar mahu menggalakkan lebih banyak kelahiran boleh berlaku di negeri Pulau Pinang, kini timbul satu rangkap perkata berikut: “kamu semua jangan bimbang lahirkan anak tak mampu nak memelihara, jika benar-benar tidak mampu memelihara anak, kerajaan Pulau Pinang akan memeliharanya.”

Saya tidak tahu sama ada kata-kata Lim Guan Eng ini mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang ataupun tidak. Jika Lim Guan Eng berkata demikian memang beliau berkata benar, bukankah tidak lama lagi negeri Pulau Pinang akan menjadi “negeri Ibu asuhan kanak-kanak”, jika ada ibu yang ekonominya kurang baik yang ingin melahirkan anak boleh datang ke Pulau Pinang melahirkan anak, jika anda tidak mampu memelihara anak, kerajaan Pulau Pinang akan memelihara anak-anak itu.

Jika ada pegawai-pegawai kerajaan secara khas berkata anak itu kami yang lahirkan dan kami sendiri yang memeliharanya, bukankah tiada sebab untuk kerajaan Pulau Pinang memeliharanya lagi, jika ibu si bayi itu sendiri jumpa Lim Guan Eng, adakah Guan Eng kotakan janji-janjinya itu.

Read more...
 
Kes Anwar Ibrahim selesai adalah satu kegembiraan PDF Print E-mail
User Rating: / 11
PoorBest 
Written by Q   
Friday, 20 January 2012 10:31


Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 36
Tarikh: 11 Januari 2012 (Rabu)

Tajuk:

“Kes Anwar Ibrahim Selesai Adalah Satu Kegembiraan”
Ditulis oleh: Shu Chin Siang

Kes liwat Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan Anwar Ibrahim telah bebas, pada semua orang keputusan mahkamah tinggi adalah satu berita yang amat gembira.

Yang pertama, secara terang Najib telah mendapat manfaatnya, BN dapat hindar dari dituduh oleh parti pembangkang terlibat dengan menggangu keputusan penghakiman, dalam kes Anwar Ibrahim ini telah memberi penerangan dengan jelas tentang itu.

Dalam PRU yang bakal menjelang nanti, parti pembangkang sudah tidak ada sebab untuk menuduh “kerajaan BN tidak adil, tidak demokrasi” dan tidak lagi tuduh selepas Anwar Ibrahim ditahan nanti baru BN berani adakan PRU untuk hadapi keputusan dari rakyat.

Bilakah akan tibanya musim PRU, ia masih belum ada satu ketetapan yang jelas, tetapi boleh dijangka ianya sudah tidak jauh lagi dari sekarang. PRU kali ini, pasti lebih hebat daripada PRU tahun 2008, dan akan lebih menonjol. Buat masa ini kedua-dua belah pihak sudah mempunyai penyokong yang agak seimbang dan sama kuat, bagi menentukan kemenangan kali ini, kena lihat siapa yang dapat sokongan dari pengundi-pengundi bebas iaitu pengundi-pengundi atas pagar.

Kecenderungan pengundi atas pagar lazimnya tidak menentu, tidak dapat diduga, tetapi biasanya mereka ini lebih suka di posisi yang stabil dan mahukan peluang serta perkembangan yang aman, mereka mahu melihat satu perkembangan yang adil dan yang berpegang kepada kebenaran.

Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim memang dinanti-nantikan oleh mereka semua, dengan itu kerajaan BN paling banyak mendapat manfaat dari itu, terutama sekali kepada Najib, ia memberi markah yang tinggi apabila saranan beliau yang menekankan keadilan dan bersih.

Read more...
 
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang isytihar harta PDF Print E-mail
User Rating: / 8
PoorBest 
Written by Q   
Friday, 20 January 2012 10:21



Akhbar: China Press
Ruangan: dalam negeri m/s A14
Tarikh: 12 Januari 2012 (Khamis)

Tajuk:

“Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Isytihar Aset Hari Ini”

11hb Pulau Pinang - exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan isytihar aset pada 12 haribulan esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, wakil daripada syarikat audit KPMG akan menghadiri satu perjumpaan dengan pihak media di Komtar esok.

Sebelum ini Lim Guan Eng telah umumkan pada bulan lepas, semua exco kerajaan negeri perlu isytihar aset dalam tempoh sebulan, ini berikutan selepas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor berbuat demikian, satu lagi kerajaan negeri meminta ahli exconya melaporkan harta benda dan isytihar aset mereka.

Menunjukkan kemajuan di dalam sistem

Guan Eng hari ini mengadakan perjumpaan dengan pihak media, syarikat KPMG secara percuma membuat audit dan perkemas kini aset ahli-ahli exco kerajaan negeri. Beliau berkata, pengumuman aset ini bermakna sistem yang ada pada kerajaan negeri menunjukkan satu kemajuan.

Yang hadir pada perjumpaan pihak media termasuk timbalan ketua menteri I Mansor, timbalan ketua menteri II Ramasamy, ahli exco Chow Kon Yeow, Law Heng Kiang, Lim Hock Seng, Ong Kok Fooi, Phee Boon Poh dan Abdul Malik Abdul Kassim.

- Q -

 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 3 of 32
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline