Home Berita Terkini Mahfuz anggap pembelian saham FGVH keputusan perniagaan
Mahfuz anggap pembelian saham FGVH keputusan perniagaan PDF Print E-mail
Written by Mohd Asyraf   
Wednesday, 18 July 2012 12:52

Naib Presiden PAS berkata, pembelian saham itu bukan isu besar kerana PKNK telah menjual semula saham tersebut..

 

Mahfuz anggap pembelian saham FGVH keputusan perniagaan

Free Malaysia Today

 

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini mempertahankan isu pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

 

Beliau menganggap ia hanya salah faham dalam urusan pentadbiran oleh

pegawai PKNK yang membeli saham itu bagi tujuan perniagaan sebelum merujuk kepada lembaga pengarah.

 

Merujuk kepada isu pembangunan tanah padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tanpa persetujuan kerajaan negeri, Mahfuz berkata isu sama terjadi kepada PKNK yang bertindak secara profesional berdasarkan faktor keuntungan, bukannya bersifat politik.

 

“Saya tidak salahkan mereka kerana keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan bukannya pegangan politik kerajaan negeri,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

 

Naib Presiden PAS berkata, pembelian saham itu bukan satu isu besar kerana PKNK telah menjual semula saham FGVH.

 

Sementara itu, Ketua Eksekutifnya Datuk Abdul Rahman Ibrahim dalam kenyataan berkata pemilikan saham dibawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera itu sah mengikut prosedur

 

PAS tentang FGVH

 

 

 

 

“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.

 

Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.

 

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

 

“Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50  seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya.

 

Namun, berbeza dengan pendirian PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini yang menentang keras penyenaraian FGVH  kerana mampu menyebabkan peneroka Felda hilang hak keistimewaan dalam jangka masa panjang.

Last Updated on Wednesday, 18 July 2012 12:55
 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline