Home Terjemahan Akhbar Cina
Terjemahan Akhbar Cina
Lim Guan Eng Jangan Berpura-Pura PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Que Chow Yun Fatt   
Wednesday, 07 December 2011 12:53



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C17
Tarikh: 27 November 2011 (Ahad)

Tajuk:

“Lim Guan Eng Jangan Berpura-Pura”
Ditulis oleh: Cheah Cheng Huat

Pengerusi parti Gerakan Koh Tsu Koon mengisytiharkan tidak mencalonkan dirinya pada PRU akan datang, orang yang paling kecewa tidak lain tidak bukan ialah Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, kerana beliau secara tiba-tiba kehilangan “padang sasar”, tempat beliau membuat persediaan untuk serang pada PRU akan datang sudah hilang, sebab itu beliau “berpura-pura” menyeru supaya Koh Tsu Koon diberi peluang kali yang kedua seterusnya dicalonkan untuk bertanding pada PRU akan datang.

Pada Tsunami politik tahun 2008, Lim Guan Eng secara ‘tidak sengaja’ menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, apa yang memeranjatkan orang ramai ialah bidalan dalam pepatah Cina “bapa harimau tidak mungkin melahirkan anak anjing” yang dikatakan “ anak tunggu di belakang pintu sahaja”. Lim Guan Eng juga mempunyai “kelebihan” seperti bapanya Lim Kit Siang, apabila mereka hadapi musuh “suaranya sangat menekan musuh”, tidak hiraukan orang lain, “benarkan perbuatan diri sendiri sebaliknya tegah orang lain buat perkara yang sama” dan sebagainya.

Tentang isu ini sebenarnya Lim Kit Sing lebih hebat, kerana beliau pandai berpura-pura baik, selalu bersikap pura-pura, contohnya apabila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, Guan Eng berkata beliau sanggup beli rumah sendiri di situ semasa pergerakan kempen Tanjung 1, Tanjung 2 dan Tanjung 3, tidak mahu terlibat dengan perpindahan di kediaman rasmi KeMua menteri, akhirnya beliau berpindah juga ke kediaman rasmi Ketua Menteri, sebenarnya di dalam jiwa beliau memang beliau sangat inginkan tinggal dalam kediaman rasmi itu, kerana di situ beliau boleh tunjukkan status pangkat Ketua Menteri.

Read more...
 
Letak duit di atas mata pedang PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Que HeyDar   
Wednesday, 07 December 2011 08:55



Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinon Yuanlun m/s A16
Tarikh: 26 November 2011 (Sabtu)

Tajuk:

“Letak duit di atas mata pedang”
Ditulis oleh: Lim Yin Tai (penulis bebas)

Bekas PM Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, walaupun beliau melalui pelbagai liku-liku dan ranjau semasa mentadbir negara, sebaliknya beliau boleh redakan keadaan dengan kemas, sebab itu semasa beliau berkuasa beliau mampu melaksanakan projek-projek mega, seperti pusat pentadbiran kerajaan pusat di Putrajaya, litar lumba kereta di Sepang dan menara kembar Kuala Lumpur.

Selepas itu Pak Lah ambil alih tugas yang waktunya agak singkat, secara semulajadi Pak Lah memang manusia yang suka berjimat cermat, beliau suka melihat simpanan negara semakin hari semakin bertambah, sebab itu dalam pentadbiran beliau beliau tidak kelihatan membuat banyak pembangunan besar.

Paparkan Kekuatan Negara Untuk Rangsang Pembangunan

PM sekarang Najib berperanan seperti Tun Mahathir juga, mempunyai inspirasi yang gagah perkasa, dan bersemangat tinggi, sekarang beliau menerajui pembangunan metropolitan Kuala Lumpur yang akan punyai bangunan 100 tingkat, rancangan projek MRT, serta akan ada keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Singapura. Perbelanjaan yang amat besar, ia lebih mega dan besar daripada projek pentadbiran di Putrajaya.

Read more...
 
Kekeliruan Mahathir tidak habis-habis PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Que HeyDar   
Tuesday, 06 December 2011 20:24



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 22 November 2011 (Selasa)

Tajuk:

“Kekeliruan Mahathir tidak habis-habis”
Ditulis oleh: Kim Ting [ This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ]

Bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir pernah menyandang jawatan Perdana Menteri lebih 20 tahun, menyebabkan beliau rasa bangga diri, dan sangat rasa yakin kepada diri sendiri, sebab itu walaupun beliau sudah bersara sejak beberapa tahun ini, masih tidak henti-henti bersuara tentang isu remeh-temeh, seperti beliau mahu setiap rakyat di Negara ini dengar cakap beliau, termasuk Perdana Menteri sekarang Najib. Mahathir lupa bahawa beliau bukan menteri kanan, dan usia beliau sudah menjangkau 80 lebih tahun dan tidak jauh lagi untuk masuk kepada usia 90 tahun.

Seorang tua dan sudah berumur, buah fikiran tidak lagi cekap ataupun tangkas seperti orang-orang muda, ini adalah lumrah semula jadi yang diakui ramai, kata-kata Mahathir kini sudah tidak mantap lagi, sama seperti cara dia berjalan yang sudah tidak tegap. Jika sekarang ini percakapan beliau kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak baik, kadang-kadang salah kadang-kadang betul, kadang-kadang terkeliru yang tidak habis-habis.

Contohnya, baru-baru ini beliau mengingatkan Barisan Nasonal (BN), BN tidak boleh hanya mengharapkan tiket-tiket undi dari orang-orang Cina, jangan asyik memberi kepuasan kepada kemahuan orang-orang Cina, memang benar apa yang beliau katakan itu, kerana penduduk kaum Cina hanya menduduki 23 peratus di Negara ini, orang-orang Melayu lebih daripada separuh banyaknya, dan orang Cina tiada sebab untuk mempengaruhi keputusan PRU, sedangkan waktu ini orang-orang Melayu sudah berpecah-belah, barulah mereka lihat tiket-tiket undi dari kaum Cina, apabila UMNO melalui tiket- tiket undi orang-orang Melayu sudah boleh memerintah kerajaan, kenapa pula mahu ambil perhatian terhadap tiket undi kaum Cina?

Read more...
 
2 Sempadan Tebing, 3 Lebuh Raya Dapat Pengiktirafan - Lim Guan Eng Terharu Lalu Memeluk Nazri PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Que Chow Sing Chii   
Monday, 05 December 2011 23:00


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 06
Tarikh: 28 November 2011 (Isnin)

Tajuk I:

2 Sempadan Tebing, 3 Lebuh Raya Dapat Pengiktirafan - Lim Guan Eng Terharu
Lalu Memeluk Nazri

27hb - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri secara terbuka berkata, beliau menyokong Lim Guan Eng menerajui Pulau Pinang yang mencadangkan sebuah laluan terowong dari Pulau Pinang ke Seberang Perai dan 3 lebuh raya serta terowong dasar laut bagi selesaikan masalah pengangkutan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng rasa terharu lantas memeluk Nazri.

Beliau berdua pada malam tersebut berada di satu majlis penyampaian anugerah kepada 50 usahawan berjaya, kedua-duanya hadir sebagai tetamu kehormat menghadiri majlis itu memberi tontonan yang begitu memukau.

Lim Guan Eng yang mendahului ucapan itu berkata, jika Pulau Pinang berprestasi baik sudah tentu ia juga berprestasi baik untuk Malaysia, kerana pendapatan yang diperolehi oleh Pulau Pinang diserahkan kepada kerajaan Persekutuan.

Read more...
 
Kakitangan kerajaan tidak boleh disinggung PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Que Chow Singg Chii   
Monday, 05 December 2011 08:32



Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: varius artikel dalam negeri m/s C8
Tarikh: 28 November 2011 (Isnin)

Tajuk:

Kakitangan kerajaan tidak boleh disinggung
Ditulis oleh: Hong Jin (Tentera Merah)

Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua Kiam Wee mencadangkan mahu kurangkan kakitangan kerajaan, bagi meringankan beban kerajaan, baru-baru ini timbul isu gelombang bantahan di sidang dewan rakyat.

Apa yang Tony Pua cadangkan ialah mahu tiru cara negeri China, mengurangkan kakitangan awam yang kurang berprestasi, dan ia boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar.

Hujah ini mendapat perhatian dari ahli-ahli BN, terutama sekali dari pihak UMNO membelasah cadangan itu, sebagai lidah BN (Utusan Malaysia) melaporkan fahaman yang negatif, ia bukan sahaja memutar belit fakta apa yang dicadangkan, sebaliknya isu itu dijadikan isu perkauman dan dipolitikkan.

Sila perhatikan, apa yang Tony Pua cadangkan ialah mahu mengurangkan kakitangan awam yang kurang berprestasi, ini menyebabkan fakta kemelesetan prestasi kakitangan awam, ia bukan bertujuan mahu kurangkan kakitangan awam kaum Melayu. Cadangan itu memang tepat dan tiada masalah, penulis memang angkat tangan dan angkat kaki untuk menyokong kata setuju cadangan itu!

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 10 of 32
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline