Home Terjemahan Akhbar Cina
Terjemahan Akhbar Cina
Laporan Khas Perhimpunan Agong DAP PDF Print E-mail
User Rating: / 9
PoorBest 
Written by admin   
Thursday, 12 January 2012 01:31



Akhbar: China Press
Ruangan: dalam negeri m/s A6
Tarikh: 9 Januari 2012 (Isnin)

Tajuk:

Melangkah Ke Arah Pendemokrasian: Lim Guan Eng
DAP Kotakan Impian Negara Malaysia

Perhimpunan Agong DAP

Laporan oleh pasukan wartawan: Siu Siew Lian, Yu Pei Nei, Cheng You Yek dan jurugambar: Liam Lie Yen, Tiong Che

8hb Shah Alam - Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng membentangkan “Janji Shah Alam”, DAP akan memimpin Malaysia ke arah pendemokrasian, supaya mencapai kemakmuran negara dan Malaysia akan dihormati dalam mencapai cita-cita “Impian Malaysia”

Guan Eng berkata, negara ini mempunyai sumber kekayaan asli yang banyak, selepas 55 tahun merdeka, sistem ekonomi dan masyarakat di negara ini terjerumus kepada gejala rasuah, dimana (ianya) menjadi keadaan (yang penuh) kroni dan rasuah.

“Ia bukan sahaja kerugian yang begitu serius dalam sistem politik di negara kita, jika tidak ditangani dengan segera, negara kita akan menuju ke arah kemusnahan.”

Lim Guan Eng berkata lagi, DAP telah menunggu peluang untuk membuat perubahan itu selama 46 tahun, menyeru semua ahli parti berganding bahu, tetapkan langkah untuk mara ke negara impian itu.

Read more...
 
Tidak ada keperluan mencari pengganti Anwar PDF Print E-mail
User Rating: / 11
PoorBest 
Written by Que HeyDar   
Saturday, 07 January 2012 08:41


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 09
Tarikh: 5 Januari 2012

Tajuk:

“Kedudukan Tidak Tergugat: DAP, Pas Tidak Ada Keperluan Cari Pengganti Anwar”
Ditulis oleh: Yee Pee Yurk


4hb Petaling Jaya -- gabungan Pakatan Rakyat setakat ini tidak melantik pengganti Anwar Ibrahim, untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang besar kemungkinan akan dipenjarakan kerana kes liwat.

Setiausaha Penerangan DAP pusat merangkap ahli Parlimen Petaling jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berkata, DAP tidak membincangkan berkaitan pengganti Anwar Ibrahim, pendirian DAP jelas, walaupun Anwar Ibrahim sebagai pemimpin spiritual Pakatan Rakyat, tidak kira sama ada Anwar Ibrahim dipenjarakan ataupun dapat diikat jamin, semua itu tidak perlu melantik penggantinya yang baru.

Tony Pua Kiam Wee berkata kepada Sinchew Daily News, sama ada Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, akan melantik pengganti yang baru, itu tidak penting bagi DAP, yang penting Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman tidak bersalah, kerana ia boleh menggugat kedudukan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.

“jika Anwar dijatuhkan hukuman bersalah, beliau boleh membuat rayuan dan minta hukuman ditangguhkan. Walaupun beliau telah kehilangan kelayakan untuk dicalonkan pada PRU depan, beliau masih boleh bebas bergerak adakan aktiviti mesyuarat. Jika Anwar Ibrahim dilokap, beliau masih tetap dan masih lagi menjadi ketua pembangkang di Parlimen dan pemimpin spiritual Pakatan Rakyat.”

Read more...
 
Pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PDF Print E-mail
User Rating: / 11
PoorBest 
Written by Que HeyDar   
Friday, 06 January 2012 23:26


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 26
Tarikh: 6 Januari 2012 (Jumaat)

Tajuk:

“Pakatan Rakyat Kenal Pasti Ketua Pemimpin Pembangkang - Dijangka Ku Li Jadi
Pengganti Anwar Ibrahim”
Ditulis oleh: Yee Pee Yurk


5hb Petaling Jaya - maklumat yang diperolehi oleh akhbar ini, Pakatan Rakyat telah kenal pasti Veteran UMNO Tengku Razaliegh sebagai pengganti pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim di parlimen.

Mendapat Persetujuan DAP Dan Pas

Maklumat memberitahu Sinchew Daily News, Pakatan Rakyat telah kenal pasti pemimpin mereka pada waktu PRU ataupun selepas PRU yang perlu mempunyai banyak aspek, termasuk dipersetujui oleh DAP dan Pas, orang ini semestinya ahli parlimen dan juga orang Melayu.

Namun begitu sumber maklumat memberitahu, pengganti Anwar Ibrahim adalah bekas seorang pemimpin lama Pakatan Rakyat, bagi membuka jalan untuk Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.

Jika Masuk Ke Putrajaya Dia Akan Jadi “Pengganti Perdana Menteri”

Jika pada PRU kali ini Pakatan Rakyat dapat masuk ke Putrajaya, Ku Li akan menjadi pengganti Perdana Menteri Pakatan Rakyat, sehingga Anwar Ibrahim mendapat keampunan dari yang di Pertuan Agong, barulah jawatan Perdana Menteri itu diserahkan kepada Anwar Ibrahim.

“Maksud pengganti yang disebut Anwar Ibrahim itu ialah “pengganti Perdana Menteri”, orang ini mesti perlu mendapat persetujuan dari DAP Lim Kit Siang, pengerusi Pas Hadi Awang dan Datin Seri Wan Azizah.”

Selepas PRU 2008, WikiLeaks telah membocorkan maklumat, pada masa itu Anwar Ibrahim cuba merancang tarik ahli-ahli BN untuk lompat parti, pada 16 September akan berlaku rampasan kuasa serta jatuhkan kerajaan BN, namun selepas percubaan itu gagal, beliau telah tukar taktik cuba memujuk veteran UMNO Tengku Razaliegh, diharap ia memberi impak yang boleh menarik wakil-wakil rakyat UMNO lompat ke Pakatan Rakyat.

Mengikut maklumat dari WikiLeaks, telegram rahsia yang dikeluarkan oleh kedutaan Amerika Syarikat menyatakan, rancangan Anwar Ibrahim tidak berjaya, kerana Ku Li bertahan mahu jadi Perdana Menteri, dimana PKR menjangkakan, Ku Li paling banyak hanya mampu menarik masuk 4 hingga 5 ahli parliman dari kalangan UMNO.

Bermula pada tahun lepas, dalam arena politik tersebar kuat dimana Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan sulit memujuk Tengku Razaliegh, untuk persediaan jika Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes liwat, Ku Li akan jadi pemimpin pembangkang.

Read more...
 
Persefahaman Tiket Undi Orang-Orang Cina PDF Print E-mail
User Rating: / 4
PoorBest 
Written by Que   
Friday, 06 January 2012 06:55


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 32
Tarikh: 4 Januari 2012 (Rabu)

Tajuk:

“Persefahaman Tiket Undi Orang-Orang Cina”
Ditulis oleh: Gan Chong Kiong

PRU ke-13 sudah semakin hampir di depan mata, masalah dan krisis orang-orang Cina bukan kerana jumlah bilangan penduduknya yang semakin menurun ataupun semakin pupus, tetapi demi melangkah dengan langkah-langkah yang sama, satu tiket undi yang bernilai di tangan sambil berkata “tidak kepada gejala rasuah, penyelewengan kuasa, fanatik perkauman dan kepada pemikiran ahli-ahli politik yang mahu jadikan orang ramai hamba abdi!”

Perdana Menteri Najib melancarkan konsep rakyat diutamakan, ia membawa inspirasi untuk masa depan negara ini, ia perlukan kerjasama dari rakyat tanpa mengira kaum, tidak kira lapisan, sama-sama usahakan polisi-polisi yang terbaik, secara serius mengawasi dan melaksanakan projek-projek untuk manfaat kepada rakyat.

Sebelum ini muda mudi kaum Cina telah menyahut cabaran untuk tambahkan kelahiran demi mengimbangi perbezaan jumlah penduduk orang-orang Melayu, sebaliknya telah melawan arus kerana didapati banyak bayi-bayi yang baru dilahirkan dari kalangan pasangan mati awal.

Dari segi keadaan ekonomi dunia hari ini, harga barangan melambung naik, pasangan-pasangan keluarga yang tinggal di kawasan perkampungan dan luar bandar tidak mahu melahirkan banyak anak, lebih-lebih lagi muda mudi Cina yang tinggal di bandar-bandar besar, jika mereka mahu berdikari dan berusaha dengan kerjaya mahupun usahakan sesuatu industri mereka perlu mampu memberi makan pasangan mereka, oleh kerana keadaan dan persekitaran kerjaya mereka, beban membeli kenderaan dan perumahan di luar jangkaan dan pemikiran golongan tua sekarang, lebih-lebih lagi kos pendidikan dan sara hidup anak-anak hari ini. Sesetengah keluarga (sama ada) suami atau isteri kedua-duanya bekerja di luar, untuk mencari tempat penjagaan kanak-kanak juga memeningkan kepala.

Sebelum ini, pemimpin kaum Cina mahu kita perbanyakkan menggunakan bahasa Mandarin, kurangkan bahasa dialek daerah, hari ini dikhuatiri bahasa dialek terhapus, sebaliknya mereka mahu kita menggunakan bahasa dialek kembali, sekejap cakap lain sekejap suruh buat lain, sungguh membingungkan. Saya punyai 5 orang anak, sejak kecil mereka berbahasa Mandarin tidak menggunakan bahasa dialek, apabila mereka membesar mereka belajar di sekolah Cina, amat manfaat kepada mereka.

Selepas anak-anak dewasa, dalam keadaan suasana yang terdesak, mereka sangat fasih berbahasa dialek, lebih-lebih lagi dalam keadaan perkembangan sistem internet, tidak pandai bercakap bahasa dialek, tetapi jika kita ada keinginan kita tetap dapat menguasai mana-mana bahasa tanpa sebarang halangan.

Sudah tentu, masyarakat Cina juga perlu mempelajari sesuatu untuk tuju hala dan masa hadapan kita, di bawah pertimbangan dari segi kehormatan, supaya kita dapat keadilan, perpaduan, ketelusan dan keberkesanan yang sepatutnya, kita perlu berganding bahu dan berjabat tangan... lempang muka ahli-ahli politik itu!

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

 
Khabar berita Lajik Bin Hj Ukin keluar BN PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Que   
Friday, 06 January 2012 00:32


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 17
Tarikh: 5 Januari 2012

Tajuk:

“Khabar berita Lajik Bin Hj Ukin keluar BN, Tuan punya badan masih belum menjawab”


4hb Beaufort - Sabah Progressive Party (SAPP) hari ini menghulurkan tangan kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin, menandakan kesediaan untuk  berkerjasama dengan beliau bagi menghadapi PRU ke-13 akan datang ini untuk menentang BN. Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata, beliau telah mendapat perkhabaran tentang ahli parlimen Beaufort Lajim Ukin (yang) mahu keluar dari BN.

Datuk Yong Teck Lee semasa merasmikan perhimpunan tahunan jawatankuasa parti di Beaufort berkata demikian, dan beliau menjemput pemimpin-pemimpin BN yang tidak puas hati terhadap BN, termasuk pemimpin dalam UMNO, pemimpin UPKO dan  pemimpin LDP untuk keluar dari BN, menyeru mereka masuk barisan pembangkang, dan mahu mereka supaya tidak tunggu terlalu lama, jika tidak nanti macam-macam boleh berlaku.

Di Kota Kinabalu, Datuk Lajim berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab sebarang soalan tentang (tuduhan) khabar angin terhadap beliau (yang) mengatakan mahu keluar dari BN.

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 4 of 32
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline