|
Written by admin
|
|
Friday, 12 August 2011 22:16 |
|

Selepas Datuk Seri Nazri memberi laluan kepada DAP dan membawa suara mereka kepada Perdana Menteri supaya dapat panggil sidang khas Parlimen, dengan tiba tiba YB Tony Pua menuduh Datuk Seri menjadi suruhan dalam menghantar satu surat kepada GLC (Syarikat Berkait Dengan Kerajaan) untuk melunaskan satu hutang kepada Tan Sri Tajudin Ramli.
GLC secara istilahnya adalah Syarikat yang di milik penuh oleh Kerajaan Persekutuan. Datuk Seri Nazri pada masa itu adalah Menteri penuh di dalam Kerajaan Persekutuan. Jadi di mana logiknya YB Tony Pua minta tangan kiri jangan berjabat dengan tangan kanan ? Apa motif YB Tony Pua kalau bukan untuk redakan keadaan di mana 12 orang Melayu telah di ajak dan mengikut buka puasa di sebuah Gereja di Damansara, di bawah pentadbiran PKR di Selangor.
Tuduhan yang melulu dan bukan cara YB Tony Pua yang ada impian untuk jadi orang nombor satu dalam DAP.
|
|
Last Updated on Tuesday, 27 September 2011 17:03 |