Home Pilihanraya SARAWAK
Pilihanraya SARAWAK
Miri The Battleground PDF Print E-mail
User Rating: / 4
PoorBest 
Written by Razman   
Saturday, 16 April 2011 12:56

 

Miri, 16 April 2011

Miri the battleground

Yes, its started. Voting for the 3 seats in Miri (Piasau / Pujut / Senadin) started at 8am this morning, with Mr Andy Chia, candidate for the Pujut state seat being the first to vote. He was greeted at the gates of of SK (M) Dato Permaisuri by many of his supporters who took their places behind him to vote.

Voting in the morning moved gradually slow picking after 10am with minor incidents in SK (Cina) Chung Hwa Pujut where it was claimed that the DAP candidate Mr Fong started tearing down posters of En Andy Chia of BN. It was a bit chaotic but the Police managed to calm things down so that the orderly voting process could carry on.

Are the DAP tactics working in Sarawak ? Are the Foo Chows of Sarawak giving in to DAP from Peninsular Malaysia ? Is this the revelation that might come tonight when the results are announced.

Voting in these 3 areas are still low.

Piasau - 37%

Pujut - 28%

Senadin - 28%

The battle for Miri is on.

 
Pesta Demokrasi Sarawak - Satu Ulasan PDF Print E-mail
User Rating: / 4
PoorBest 
Written by Mohd Ikmal   
Friday, 15 April 2011 15:42

Kurang dari 12 jam tempoh berkempen bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke 10 akan tamat sebelum proses demokrasi diteruskan melalui undian. Kesemua pihak yang bertanding terutamanya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat semakin menggandakan usaha bagi memancing undi rakyat Sarawak.

Menurut sumber Malaysiakini, BN dijangka mudah memenangi 28 kerusi DUN yang kebanyakan di kawasan Melayu/Melanau, manakala PR memberi tumpuan kepada kawasan bandar dan pengundi majoriti kaum cina di Miri, Sibu dan Kuching dijangka akan memenangi 19 kerusi. Manakala 24 kerusi lagi masih belum dipastikan atas beberapa faktor termasuk Ba’Kelalan, Belaga, Pelagus, Beting Maro, Opar, Bengoh and Telang Usan walaupun jangkaan terkini memihak kepada Barisan Nasional.

Satu sumber dalaman jentera sebuah parti menjangkakan BN akan memenangi 48 DUN dan PR pula dengan 23 DUN. Kempen terakhir malam nanti juga mampu mengubah senario dan trend pengundi.

Pakatan Rakyat lebih selesa jika mampu menafikan 2/3 majoriti di Sarawak yang selama ini dianggap 'Fix Deposit' bagi membawa angin perubahan balik ke Semenanjung Malaysia dalam persedian menghadapi PRU 13 nanti. BN sudah pasti mahu mengekalkan penguasaan di Sarawak sebagai bekalan tambahan dan pencetus kebangkitan akhir setelah prestasi merosot semasa PRU 12 2008.

Apa yang menarik kali ini ialah perebutan undi kaum Dayak dan Iban yang boleh menjadi penentu kepada keputusan akhir. Begitu juga kehadiran Perdana Menteri bersama sebahagian besar jemaah kabinetnya. Tidak kurang juga para pemimpin tertinggi pembangkang dari Semenanjung Malaysia termasuk dari PKR, DAP dan PAS dikerah menyertai kempen PRN Sarawak.

Pesta demokrasi ini turut dimeriahkan di laman sosial media Facebook, Twitter dan blog dengan laporan berita terkini dan provokasi untuk siaran semua pihak. Menurut tinjauan KritisOline, ramai kalangan pemimpin BN dan PR memanfaatkan laman Twitter untuk melaporkan perkembangan terkini aktiviti mereka.

Masa semakin suntuk bagi semua pihak yang terlibat secara langsung unuk melakukan anjakan terakhir sebelum tirai kempen berakhir. Namun begitu, biarlah rakyat Sarawak menentukan nasib mereka sendiri. Dan kita semua wajar menghormati keputusan mereka nanti. -KritisOnline

 
Perdana Menteri Najib Razak di Miri PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Razman   
Friday, 15 April 2011 06:58

Miri, Sarawak. 14 April 2011

Lawatan Perdana Menteri ke Miri

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah mengambil kesempatan untuk bersama rakyat malam ini di Miri, sempena lawatan rasmi ke Sarawak. Dianggarkan lebih 10,000 rakyat Miri dari setiap Bangsa telah hadir untuk melihat dan bertemu dengan Perdana Menteri mereka.

 


ArtCreative Design and Custom coding

 
Pengundi Cina Sarawak bakal "hilang" wakil mereka dalam kerajaan? PDF Print E-mail
User Rating: / 17
PoorBest 
Written by GreenHood   
Thursday, 14 April 2011 16:34

 

Sarawak United People's Party atau SUPP menghadapi kemelut terbesar dalam sejarah pilihanraya Sarawak apabila mendapat tentangan secara terbuka dari kaum Cina Sarawak. Kebimbangan Presiden SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam terhadap mode pengundi Cina sangat jelas apabila Democratic Action Party atau DAP mula menambat hati para pengundi Cina dengan membawa slogan "Jom Ubah Sarawak!" atau "Sarawak4 Change!". Terbaru, Nga Kor Ming dalam blognya htpp://GladlyCast.com membayangkan bahawa kehadiran hampir 12,000 rakyat Miri (kelmarin) majoritinya adalah kaum Cina adalah tanda sokongan rakyat (Cina) Sarawak terhadap DAP apabila mereka ramai-ramai melaungkan ayat "Selamatkan Sarawak! Ya, Kami mahukan perubahan".

Apa yang dilihat sebagai satu gimmick dari DAP ternyata membuahkan hasil bilamana DAP berjaya mengutip wang tidak kurang RM15,000 dari rakyat Sarawak yang rata-ratanya adalah kaum Cina sebagai simbolik tanda sokongan mereka terhadap perjuangan DAP dalam beberapa siri makan malam mahupun ceramah yang dianjurkan oleh DAP.

SUPP yang meletakkan 19 calon dalam siri pilihanraya negeri kali ini berdepan dengan DAP hampir di semua kawasan yang diturut-serta oleh SUPP iaitu Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawan, Simanggang, Engkili, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau dan Pujot.

Dr. George Chan sendiri mengalami dilema apabila kawasan yang beliau tandingi Piasau mempunyai pengundi berdaftar seramai 16,600 orang di mana 10,710 pengundi sahaja adalah terdiri dari kaum Cina.

Pada 7 April 2011 yang lalu, Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar di Kuching telah menyerang SUPP terutamanya Dr. George Chan sebagai apa yang diibaratkan olehnya (Guan Eng) memainkan sentimen politik perkauman dengan menyebut bahawa Dr. George Chan telah memberi amaran kepada pengundi kaum Cina bahawa jika mereka (pengundi) memilih DAP atau mana-mana parti dalam pakatan pembangkang, maka kaum Cina akan kehilangan kuasa.

Sebenarnya, ramai penganalisis politik bersetuju dengan kenyataan Dr. George Chan kerana beliau membawa konteks yang sangat berbeza dari apa yang dimainkan oleh Lim Guan Eng. Dr. George Chan membayangkan bahawa SUPP yang menjadi parti pilihan kepada kaum Cina Sarawak adalah sebahagian dari komponen Barisan Nasional (BN) yang bukan sahaja membentuk kerajaan negeri bahkan kerajaan persekutuan. Dalam siri pilihanraya negeri kali ke-10 ini penganalisis politik beranggapan walaupun 'angin perubahan' yang dibawa oleh pakatan melanda ganas lanskap politik Sarawak, tetapi ia masih jauh dari merampas seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan negeri. Justeru jika kaum Cina memilih DAP sebagai ganti kepada SUPP dalam perubahan sesuai dengan slogan "Jom Ubah!" yang dicanangkan, maka sebenarnya kaum Cina hanya akan meramaikan wakil-wakil rakyat DAP dalam barisan pembangkang di dewan undangan negeri kelak. Ini amat merugikan kaum Cina kerana ianya bukan lagi rahsia bahawa wakil-wakil rakyat pembangkang tidak mampu membawa apa-apa perubahan dalam bentuk kemajuan-setempat mahupun prasarana jika tiada kuasa pentadbir (negeri) apatah lagi jika hubungan dengan kerajaan persekutuan tidak baik.

Sebenarnya, Lim Guan Eng amat licik dalam melakukan apa yang disebut sebagai "manipulating statement by other" dengan melakukan "pre-emptive strike" terhadap kenyataan Dr. George Chan seolah-olah Dr. George Chan sedang memainkan sentimen politik perkauman - walhal beliau hanya menyatakan sesuatu yang relevan pada persekitaran yang benar.

Lim Guan Eng mungkin benar jika Sarawak adalah seperti Pulau Pinang yang ditadbirnya bilamana DAP punyai kawasan yang lebih berbanding mana-mana parti pakatan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri seterusnya memberi kelebihan kepada DAP dalam memilih ketua menterinya. Namun di Sarawak, DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja dan ianya jauh dari membolehkan mereka (DAP) mengetuai pakatan dalam membentuk sebuah kerajaan negeri jika memenangi pilihanraya ini - yang mana, bagi gabungan pakatan memenangi majoriti kerusi dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan negeri dalam pilihanraya negeri Sarawak ke-10 ini adalah amat diragui oleh sebilangan besar penganalisis politik tempatan - KritisOnline.

 

 
Musim bunga di Sarawak? PDF Print E-mail
Written by Mohd Ikmal   
Wednesday, 13 April 2011 11:24

Semasa angin perubahan menggoncang Timur Tengah daripada Tunisia ke Yemen, ramai yang berpendapat bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku di Malaysia. Kerajaan BN yang mempunyai rekod pentadbiran yang baik, dengan semua ketidakseimbangan dalam lapangan pertarungan, telah mengadakan satu pilihanraya yang kompetitif.

Namun, dengan berlangsungnya kempen di Sarawak, ia semakin jelas bahawa perubahan sedang berlaku. Pentadbiran 30 tahun Abdul Taib Mahmud yang sama panjang dengan kekuasaan regim Hosni Mubarak sudah memberi inspirasi yang tidak pernah dilihat di bumi kenyalang.

Dengan rekod jumlah pengunjung ke ceramah di seluruh pelusok negeri, pintu perubahan sudahpun terbuka, dengan Perdana Menteri Najib Razak menyuruh semua anggota kabinet turun berkempen di Sarawak yang sudah menjadi satu ujian kertas litmus negara yang penting.

Pilihanraya ke 10 Sarawak bakal menjadi medan ujian yang sebenar selepas Mac 2008 samada Malaysia bakal menyaksikan satu lagi musim bunga atau membantutkan angin perubahan.

Hilang kepercayaan terhadap pimpinan Sarawak

Terdapat beberapa persamaan yang penting antara Sarawak dan Timur Tengah selain tempoh kekuasaan kepimpinan yang lama. Yang paling ketara ialah ketidakpuashatian yang semakin mendalam terhadap pimpinan negeri di mana semakin banyak rakyat Sarawak telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Dengan keputusan Taib Mahmud untuk bertanding dan tidak menawarkan satu pelan pemindahan kuasa yang nyata, fokus tetap terpaku kepada keperibadian dan kekayaan keluarganya. Usaha untuk menyekat laman Sarawak Report sudahpun terlalu lewat.

Dengan ramai yang masih tetap setia kepada Taib, terutamanya dari golongan Melayu/Melanau dan pada tahap yang lebih rendah di antara beberapa komuniti Iban, isu rasuah dan nepotisme telah menjadi fokus utama sehingga menjadikan ianya pusat berbanding dengan keadaan di pilihanraya negeri 2006.

Isu-isu ini telah dibincangkan di rumah panjang dan kedai kopi secara terang-terangan, dengan rujukan kepada contoh-contoh konkrit yang membolehkan isu-isu tersebut menyerap luas ke dalam masyarakat. Terdapat pengundi yang merasakan dirinya dikhianati dan ditipu sehingga ada pemimpin negara dan BN yang hilang kredibiliti mereka.

Apa yang berbeza ialah perbualan kedai kopi daripada pilihanraya yang lepas ialah skop perbincangan dan peningkatan mendadak terhadap kepercayaan mengenai “excesses” (kelampauan salah tadbir negeri), ialah persis kelampauan.

 

Read more...
 
«StartPrev1234567NextEnd»

Page 2 of 7
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline