|
BERITA TERKINI
|
Written by admin
|
|
Sunday, 15 January 2012 14:39 |
|

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyangkal khabar angin beliau berhasrat menyertai sebuah parti yang menganggotai pakatan PKR-DAP-Pas.
Walaupun Tee Keat tidak menolak khabar angin bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin pembangkang, tetapi Ahli Parlimen Pandan ini menafikan perjumpaan itu bertujuan membincangkan penyertaan beliau dalam mana-mana parti pembangkang.
"Sebelum ini, mereka (khabar angin) kata saya akan menganggotai PKR. Selepas perkara ini terbukti tidak benar, mereka kata pula saya akan menganggotai DAP pada 20 Januari. Apa pula selepas ini? Pas?” katanya.
Bagaimanapun, bekas Menteri Pengangkutan ini enggan berterus terang tentang langkah politik beliau seterusnya dan berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai.
"Saya akan jelaskan perkara itu apabila sampai masanya. Untuk sementara waktu ini, saya memberi tumpuan terhadap tugas saya sebagai Ahli Parlimen, membantu orang di kawasan berkenaan,” katanya.
Oktober lalu, portal berita dalam talian mendakwa Tee Keat mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua DAP Selangor, Teresa Kok serta kemungkinan beliau berbincang dengan mereka mengenai penyertaan beliau dalam pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, Tee Keat menafikan laporan itu. - BERNAMA |
|
|
Written by StormRiders
|
|
Sunday, 15 January 2012 13:10 |
|

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Spekulasi kuat berkencang terutama dalam laman media sosial internet seperti facebook dan twitter mempertikaikan ‘kehilangan’ seorang exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Megat Zulkarnain Omardin.
Megat dilaporkan tidak menghadirkan diri sewaktu program tertutup “Taklimat Khas Pilihanraya ke 13” anjuran Biro Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung di PWTC dan turut dihadiri oleh semua exco Pemuda yang lain termasuk ketua dan naibnya, Khairy Jamaluddin dan Dato’ Razali Ibrahim.
Kehilangan Megat dilaporkan untuk kali kedua setelah baru-baru ini juga hanya menghadiri sebahagian dari keseluruhan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2011 di PWTC. Rungutan datangnya terutama dari para penyokong beliau yang tiba dari pelusuk negara bagi bertemu dengannya namun kecewa kerana beliau gagal dihubungi.
|
|
Last Updated on Sunday, 15 January 2012 17:43 |
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Sunday, 15 January 2012 12:45 |
|

ALOR SETAR, 14 Jan: PAS, DAP dan PKR tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain, sebaliknya ketiga-tiga parti itu adalah 'kuda-kuda perjuangan' untuk merubah landskap politik tanah air.
Hanya dengan kuda-kuda perjuangan itu yang yang akan membolehkan politik kotor yang diamalkan oleh Umno BN di negara ini dibersihkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu dakwaan Umno yang mengatakan PAS diperalatkan atau diperkudakan oleh DAP ternyata tidak berasas.
"Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan oleh sesiapa, insya Allah," katanya ketika berucap pada sesi Penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini.
Berucap pada sesi yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah itu, beliau berkata, kerjasama erat antara PAS, DAP dan PKR ternyata amat mencemaskan Umno sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat dakwaan seperti itu.
Bagaiamanapun, katanya, rakyat tahu realiti yang sebenarnya dan tidak lagi boleh diperbodohkan oleh Umno BN, sebaliknya ingin bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU Ke-13 nanti.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Sunday, 15 January 2012 12:15 |
|

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kegembiraannya terhadap komitmen dan kepercayaan atau ”nambikei” kaum India di Malaysia, dengan berkata, kepercayaan yang utuh adalah sangat penting “sambil kita bersama-sama melakukan transformasi ke atas Malaysia”.
Menerusi mesej yang dimuatkan dalam laman blog www.1Malaysia.com.my sempena sambutan pesta Ponggal hari ini, Perdana Menteri berkata, sebagai rakyat Malaysia “kita akan terus bekerja bersama-sama untuk melakukan transformasi ke atas Malaysia dan oleh itu memastikan segala-galanya cukup bagi semua kaum.”
"Sambil kita berkongsi budaya rakan-rakan kita dan tradisi mereka menanak susu dan beras sehingga mendidih sebagai melambangkan limpahan kekayaan dari bumi kita, semua rakyat Malaysia sesungguhnya boleh bersyukur kerana Malaysia sebuah negara yang subur dan menghasilkan banyak makanan,” katanya.
Najib turut menggambarkan Ponggal atau pesta menyambut musim menuai sebagai masa yang istimewa bagi kaum India memandangkan ia menandakan permulaan bulan ”Thai” yang baik dalam kalendar India dan kebetulan menjadi pesta utama yang pertama bagi masyarakat India dalam tahun baru ini.
"Sambil semua rakyat Malaysia melangkah ke tahun 2012 dengan keyakinan dan azam yang diperbaharui, kita sekali lagi diingatkan tentang kekayaan kepelbagaian negara yang kita sokong dan pupuk dengan bangga ini,” katanya.
Perdana Menteri turut mengucapkan ”Ponggal Vaalthukal” dan selamat menyambut ”Ponggal” kepada seluruh masyarakat India di Malaysia. – BERNAMA |
|
Written by admin
|
|
Sunday, 15 January 2012 11:45 |
|
TERESA KOK
This was my photoshoot session for my “Wushu” CNY photos. It took nearly four hours in to get the session (including make up) done.
|
|
Last Updated on Sunday, 15 January 2012 13:24 |
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 554 of 819 |
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
|
|
KO's main supporters
Android app for KritisOnline
|