Pemilik premis khususnya di pusat hiburan, rumah urut dan spa mempunyai rangkaian luas untuk mendapatkan maklumat awal mengenai Ops Bersepadu memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Fasa 3 bagi mengelak PATI ditangkap pihak penguat kuasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pemilik premis bukan menerima maklumat berkenaan daripada pegawai jabatan atau agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Imigresen menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi khususnya di premis berkenaan memandangkan PATI dapat melarikan diri sebelum operasi dijalankan, katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi itu sekitar Ipoh di sini malam tadi.

Read more: Pemilik premis ada rangkaian, elak Pati ditahan - Zahid Hamidi

A Supreme Council member of Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) has refuted a statement issued by a party official on April 15 which claimed the council met on Feb 2 and unanimously decided to accept the reinstatement of four former party leaders (G4) who were sacked by the party in 2011.

Alexander Asing Sadai who is also the chairman of the party’s Marudi Division in a statement sent to The Borneo Post yesterday said the council last met on February 23 at the party headquarters here and not on Feb 2.

The meeting which was held to discuss the reinstatement of the G4 decided to leave it to party president Tan Sri William Mawan and deputy president Datuk Seri Tiong King Sing to work out a decision on the issue and present their deliberations to the Triennial General Assembly (TGA) which is due in March next year.

Read more: SPDP Supreme Council never agreed to G4 reinstatement

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyifatkan tindakan menghalangnya daripada memasuki Sabah, sebagai tindakan tidak masuk akal dan penyalahgunaan kuasa.

Ahli Parlimen Batu itu dalam twitternya kira-kira jam 2.30 semalam di Kota Kinabalu memaklumkan, dia ditahan selepas pegawai imigresen memeriksa statusnya.

“Pegawai Imigresen beritahu, arahan sekatan terhadap saya masih berkuatkuasa.

Read more: Tian Chua dihalang masuk Sabah, tindakan salah guna kuasa

President Barack Obama does not plan to see Malaysian Opposition leader Anwar Ibrahim when he is in Kuala Lumpur next week, though US officials on Friday did not rule out a lower-level meeting.

Obama will become the first sitting US president to visit Malaysia in nearly half a century when he touches down in the country on April 26.

Asked whether Obama would make time during his schedule in Malaysia, which includes a state dinner and talks with Prime Minister Najib Razak, national security advisor Susan Rice indicated he would not.

Read more: No Obama meeting for Anwar in Malaysia

 

Semakin kuat kedengaran gerakan melancarkan REFORMASI KEDUA dilakukan. Promo dengan ceramah sudah mula kedengaran. Penjelasan di buat mengatakan bahawa ini satu lagi konspirasi  dan penjelasan mengenai kes tersebut semua di jadikan bahan ceramah sungguhpun ini boleh di rujuk sebagai satu penghinaan kepada keputusan mahkamah. Ini bagi saya akan diikuti dengan pelancaran laman web REFORMASI 2  - risalah-risalah, penulisan – cetakan dan akhirnya demonstrasi membantah tangkapan ke atas Anwar Ibrahim.

Ramai yang mengatakan bahawa Reformasi 2 ini akan gagal – merujuk kepada kekurangan kehadiran pada ceramah pelancaran dan promo ajakan untuk bersedia lagi bagi menempuh REFORMASI 2. Bagi saya – keadaan ini akan berbeza bila sampai saat Anwar Ibrahim di tangkap atas kesalahan liwat dan apabila beliau terpenjara. Situasi ini akan membengkak dan keadaan akan menjadi hampir sama dengan REFORMASI 1998. Lebih dari itu kalau Reformasi 1998 adalah panggilan segera – tanpa susunan yang baik dalam strategi, kali ini mereka akan melakukannya dengan lebih terperinci.

Seperti biasa keadaan akan semakin hari semakin membengkak dalam jangka masa REFORMASI KEDUA ini. Usaha mereka yang akan menganjurkan REFORMASI KEDUA ini adalah atas nama perjuangan yang perlu dilakukan – menegakkan keadilan dan suara rakyat. Perkataan rakyat akan humban kamu – pasti terlaung dan kepanasan politik ini akan menyulitkan lagi negara yang dikatakan sekarang di ancam dengan keadaan yang buruk – selepas isu MH 370. REFORMASI KEDUA akhirnya akan menjadi besar dalam erti kata tersendiri – sehingga akan menjadi bahan –bahan untuk menyampaikan diri mereka ke PRU 14. Bagi pembangkang – setiap hari adalah satu langkah kempen menuju ke PRU 14. Bagi mereka semua program adalah penyerapan perjuangan rakyat dan mereka konsisten melakukannya.

Gerakan mereka tidak seharusnya dipandang remeh oleh Barisan Nasional. Gerakan mereka akan memberi kesan yang lebih sesampainya pada PRU 14 nanti. BN setakat ini perlu melakukan yang lebih baik dalam persaingan yang ada. Mereka setakat ini masih lagi teraba-raba khususnya dengan melesetnya sokongan dari kaum lain. Mainan politik BN dari sudut menjual nama – memasarkan semula Barisan Nasional nampak terganggu dan tergugat. Keadaan ini tidak nampak menarik untuk parti pemerintah yang memerintah.

Kejayaan Pakatan Rakyat dalam melabel perjuangan mereka sebagai perjuangan rakyat semakin memberi kesan positif pada mereka. Langkah mereka ke arah menjadi parti memerintah semakin positif. Usaha mereka terus menerus dan langkah demi langkah menuju Putra Jaya semakin di lihat membangun.

Dalam pada itu – gerakan REFORMASI KEDUA yang akan terus dilabel sebagai memperjuangkan hak rakyat semakin sinonim. Ini akan memberi kesan menarik pada mereka dan tidak pada parti memerintah. Setakat ini nampak BN semakin ketinggalan dalam segmen ini dan semakin hilang arah dalam mempertahankan pembentukan persepsi negatif terhadap mereka.

Ramalan mengatakan bahawa PRU 14 adalah PRU yang lebih sulit kepada BN sudah mula kedengaran . Ini juga satu bentuk perang saraf – memberi isyarat kepada rakyat bahawa BN sudah tidak diterima lagi. Cara ini akan menguatkan langkah mereka untuk terus mendapat sokongan rakyat. Mereka akan terus membangkit. Adakah Barisan Nasional akan tewas pada PRU 14 ini?