|
Written by GreenHood
|
|
Thursday, 17 May 2012 13:02 |
|
 Oleh: GreenHood
Kehadiran Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Zahid bin Hamidi di "Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO dalam Bahagian Gombak serta Sambutan Ulangtahun UMNO ke-66" merupakan antara acara yang ditunggu-tunggu di Selangor.
Kenapa Gombak?
Pertama, UMNO Gombak mencatat antara bahagian yang punyai cawangan terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 185 cawangan dan ahli seramai 41,125 keseluruhannya.
Kedua, Gombak menjadi kubu kuat pakatan pembangkang setelah Azmin Ali (PKR) menjadi ahli parlimen kawasan tersebut selepas PRU12 dan Dato’ Dr Hasan Ali (PAS) menjadi exco kerajaan negeri Selangor.
Sebagai Timbalan Presiden kepada parti (PKR) yang begitu penting mengikat keseluruhan parti yang membentuk pakatan (pembangkang; PAS-PKR-DAP), Azmin Ali dikenal pasti sebagai penasihat dan penggerak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengendalikan hala-tuju parti berbanding Datin Seri Wan Azizah Ismail (Presiden) yang hanya menjadi simbol kepada kewujudan PKR.
Manakala Dato’ Dr Hasan Ali pula menjadi ikon kepada ahli-ahli PAS Selangor yang begitu rapat dengan Presiden PAS sendiri iaitu Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Ketiga, sebagai satu bahagian yang punyai cawangan begitu banyak sekali sudah pasti berbagai ragam kepimpinan peringkat akar umbi yang ada di dalam UMNO bahagian Gombak. Justeru pertelingkahan dalaman begitu ketara wujud terutama soal menaikkan pemimpin masing-masing bagi terutamanya menjadi calon dalam PRU13 akan datang dan itu tidak dapat dielakkan.
Pertelingkahan dalaman UMNO Gombak menjadikan pembangkang yang mewakili rakyat sama ada DUN mahupun parlimen duduk begitu selesa sekali. Yang berhormat-yang berhormat ADUN serta ahli parlimen dalam kawasan Gombak tidak perlu bersusah payah menangkis serangan politik yang kebiasaannya diwujudkan oleh lawan dalam kawasan masing-masing. Ini kerana kepimpinan parti lawan (UMNO-BN) begitu sebuk berlawan sesama sendiri di dalam parti akhirnya sasaran UMNO Gombak untuk melemahkan lawan demi merampas semula kawasan tersebut dalam PRU13 tersasar begitu jauh sekali.
Kemelut UMNO Gombak
Berbagai usaha telah dilakukan oleh kepimpinan utama UMNO Perhubungan Negeri Selangor yang diterajui oleh Timbalan Pengerusinya, Dato’ Seri Noh b. Haji Omar. Begitu juga oleh Setiausahanya, Dato’ Seri Ir Haji Mohd Zin b. Mohamed namun perbalahan dalaman UMNO Gombak seolah-olah tiada kesudahannya. Dari jawatan penyelaras pembangunan BN untuk DUN-DUN dan parlimen hinggalah soal siapa calon yang mahu diketengahkan semuanya menjadi isu utama perbalahan dan perbalahan ini bukan hanya bisik-bisik sesama ahli sahaja bahkan terbuka luas hingga menjadi antara topik yang wajib dibualkan di sidang-sidang warung kopi mahu pun majlis-majlis perkahwinan. Pendek kata, satu Malaysia mengetahuinya.
Kehadiran Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Zahid bin Hamidi yang membawa mesej jelas kehendak pemimpin atasan iaitu Presiden serta Timbalan Presiden supaya UMNO Gombak sedar bahawa imej yang dipertontonkan mereka kepada seluruh rakyat Malaysia adalah antara sebab utama mengapa UMNO begitu jelek dipandangan mata rakyat yang apolitical terutamanya golongan muda terhadap cara politik UMNO. Walaupun tidak semua bahagian UMNO punyai watak atau sifat seperti UMNO Gombak, namun persepsi buruk sentiasa bermula dari kes-kes terpencil yang tidak diselesaikan segera akhirnya melekat menjadi bad impression kepada keseluruhan UMNO.
Dalam ucapannya, Zahid Hamidi dengan jelas menyebut inilah masalah utama yang dihadapi oleh UMNO Selangor dan Kedah.

|
|
Last Updated on Thursday, 17 May 2012 13:42 |
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Thursday, 17 May 2012 13:30 |
|

Merdeka Rakyat – Pasca Bersih 3.0
19 & 20 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
19 Mei 2012 (Sabtu)
1) 3.00 ptg – Ceramah Perdana – 1
Lokasi: RH Ungey, Sangan, Anap-Tatau, Bintulu
2) 6.00 ptg – Ceramah Perdana – 2
Lokasi : Pekan Tatau
3) 7.00 – 12.00 mlm – PKR Gawai Dinner 1 – 2012
Lokasi : Mandarin Restaurant , Bintulu
4) Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Baru Bian
|
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Thursday, 17 May 2012 12:53 |
|

KUALA LUMPUR 16 Mei - Seorang peguam hari ini memfailkan saman terhadap Majlis Peguam dan Badan Peguam serta dua individu berhubung Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pertubuhan itu pada Jumaat lalu yang meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0.
Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang merupakan ahli Majlis Peguam dan Badan Peguam dengan nombor keahlian BC/M/1600 memfailkan saman tersebut melalui firma guamannya, Tetuan Azam Aziz & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.
Selain Majlis Peguam dan Badan Peguam, beliau selaku plaintif menamakan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dan Setiausahanya, Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan-defendan... - UTUSANONLINE
MALAYSIA NEWS MAJLIS BADAN PEGUAM |
|
Written by admin
|
|
Thursday, 17 May 2012 11:47 |
|

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengingatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak terlalu yakin dengan status sebagai pemerintah di kerajaan negeri dan merasa selamat daripada didakwa di mahkamah Perancis di atas isu skandal pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di sana.
Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Zahid menggambarkan beliau sedang dalam kebimbangan yang berpanjangan dengan kes yang sedang dihadapinya. Dalam kenyataannya, Zahid menafikan mahkamah Perancis mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung dengan alasan bahawa rakyat Malaysia tidak tertakluk dengan undang-undang negara itu.
“Mungkin kerana kegusaran beliau serta kebimbangan yang keterlaluan sehingga beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini,” kata Riduan dalam satu kenyataan. Beliau berkata, seharusnya Zahid merasa tenang dan sanggup berhadapan dengan realiti kes itu dan menyatakan kesediaannya memberikan kerjasama dengan mahkamah Perancis bagi memastikan keadilan tertegak di muka bumi ini.
Katanya, keengganan beliau untuk tampil di mahkamah Perancis hanya mengesahkan persepsi ramai bahawa beliau dan PM seperti terlibat dalam skandal yang besar dan memalukan negara. Oleh itu, ujarnya DPPM menggesa supaya Ahmad Zahid supaya bersikap berani berhadapan demi kebenaran. “Tidak ada apa yang perlu ditakutinya jika beliau dan Perdana Menteri berada dalam keadaan yang benar kerana mahkamah Perancis tidak membezakan antara rakyat biasa dan pemimpin negara dalam menentukan keadilan,” ujarnya. - HARAKAHONLINE
Link yang berkaitan adalah:
1. French Refusal On Extradition
2. Kenapa Zahid dan Bukan Syed Hamid Albar
3. Mahathir bisu Kes Kapal Selam Scorpene
MALAYSIA WORLD NEWS SCORPENE KAPAL SELAM MAHATHIR
|
|
|
Written by Mohd Asyraf
|
|
Thursday, 17 May 2012 10:26 |
|

Mohammad Nizar Jamaluddin (kanan) duduk di meja penceramah ketika hadir secara mengejut pada majlis anjuran UMNO ketika Saarani Mohamad (kiri) menyampaikan ceramah di Tualang Sekah, Kampar, Perak, baru-baru ini.
Nizar dimalukan ketika hadir ceramah UMNO
Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang hadir secara mengejut pada satu majlis ceramah anjuran UMNO di Tualang Sekah, Kampar, kelmarin memakan diri sendiri apabila dimalukan oleh penceramah dan 'diboo' oleh hadirin pada majlis itu.
Insiden berlaku ketika majlis ceramah bertajuk Nizar Pembohong Bersiri sedang dijalankan sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tiba-tiba muncul bersama beberapa penyokong dan duduk di meja utama.
Kehadiran Mohammad Nizar menyebabkan suasana majlis ceramah itu menjadi riuh-rendah dengan ada hadirin yang menjerit perkataan seperti hoi, baliklah, pembohong dan penipu.
Video insiden itu dimuat naik di dalam Youtube tidak lama selepas Mohammad Nizar menulis dalam Twitternya mendakwa kehadirannya ke majlis ceramah itu kononnya menyebabkan para penceramah panik dan pucat.
Bagaimanapun, video berkenaan yang turut disiarkan di dalam beberapa blog menunjukkan keadaan sebaliknya apabila penceramah mengambil kesempatan kehadiran Mohammad Nizar untuk mendedahkan segala pembohongan yang dikaitkan dengan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu.
|
|
Last Updated on Thursday, 17 May 2012 11:59 |
|
Read more...
|
|
Written by Mohd Asyraf
|
|
Thursday, 17 May 2012 09:22 |
|

Democratic values banished?
Some might think it would be alright just by calling Tunku names, accusing him of being bribed by BN. No way! If DAP goes on this way, it will only find itself sink deeper and deeper into the quagmire. Tunku joined DAP all because of an aspiration, thinking his move could propel the nation's democracy and progress. Lim Kit Siang can testify on this. When this party begins to lose its ideals to favouritism and utilitarianism, its culture begins to recede.
By TAY TIAN YAN, Sin Chew Daily
Lim Kit Siang said: My heart's broken!
Anyone who cares about DAP will be equally broken-hearted.
I received a text message from a senior DAP leader, telling me Tunku Abdul Aziz's departure dealt a serious blow on the party. It took DAP a whole lot of effort to inch towards a multiracial entity and now all the transformation effort has gone down the drain.
Sure enough the liberal and democratic image the party has championed over the years has now become widely questionable.
I replied his text message: The damage has been wrought. If lessons could be drawn and flaws fixed, a bright future is still beckoning ahead, but if the party remains recalcitrant, it may some day lose all its people.
He replied: Your view is noted. Hopefully the party will wake up!
Indeed this friend of mine has taken note but not majority of DAP leaders and supporters. Many are still in the dark what has actually happened to the party, in fact a rather serious thing.
Some might think it would be alright just by calling Tunku names, accusing him of being bribed by BN.
No way! If DAP goes on this way, it will only find itself sink deeper and deeper into the quagmire.
Tunku joined DAP all because of an aspiration, thinking his move could propel the nation's democracy and progress. Lim Kit Siang can testify on this.
When this party begins to lose its ideals to favouritism and utilitarianism, its culture begins to recede.
|
|
Last Updated on Thursday, 17 May 2012 12:03 |
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Wednesday, 16 May 2012 18:31 |
|

Pada 18 Oktober 2011 jam 11 pagi, pengurusan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyenaraian FGV yang ketiga dipengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad. Antara lainnya, mesyuarat tersebut membincangkan kesediaan pengurusan Felda dan pandangan mereka mengenai penyenaraian FGV dan penstrukturan korporat yang akan berlaku berikutan penyenaraian tersebut.
Boston Consulting Group (BCG) adalah salah satu daripada juru runding yang dilantik untuk menerajui proses penyenaraian ini. Selain menyediakan pelan langkah-langkah penyenaraian, BCG juga bertanggungjawab menilai kesediaan dan pandangan pengurusan Felda mengenai tindakan Barisan Nasional menyenaraikan FGV dan aset-aset berkaitan Felda.
KEADILAN telah berjaya mendapatkan salinan laporan yang dibentangkan oleh BCG kepada pengurusan Felda dan FGV di dalam mesyuarat tersebut.
Mukasurat 4 dari laporan tersebut yang menyentuh mengenai kesediaan dan pandangan pengurusan Felda ada disertakan bersama.
Kesimpulan yang dibuat oleh BCG setelah menemuramah dan mengadakan kajiselidik melibatkan 30 orang pengurusan tertinggi Felda dalam bulan Oktober 2011 adalah seperti berikut: 1. Cabaran terbesar untuk menjayakan proses penyenaraian ini adalah pandangan pengurusan tertinggi Felda sendiri yang menentang keputusan tersebut;
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Mohd Asyraf
|
|
Thursday, 17 May 2012 10:17 |
|

Isu Zahida: Zuraida terima notis saman Shafie Apdal
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerima notis guaman daripada Shafee & Co pada 23 April lalu meminta beliau menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung dakwaan skandal membabitkan pemberian wang yang banyak daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis, Zahida Mohamed Rafik.
Menurutnya, surat yang sama turut diterima bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang mendedahkan mengenai perkara itu dalam satu laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lalu.
Namun, Zuraida berkata, pihaknya tidak akan menarik balik kenyataan itu sebaliknya masih menunggu jawapan Shafie sejak pendedahan mengenai perkara itu dibuat bulan lalu.
“Noor Azman dan saya menerima surat yang sama. Yang peliknya, surat saman dari pihak Shafee & Co itu daripada Zahida, bukan daripada Shafie.
“Sejak perkara ini didedahkan, Shafie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjelaskan secara terperinci dari mana datangnya wang sebanyak itu dan kami masih menunggu jawapan daripadanya. Jadi, kita gesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat perkara ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Turut hadir, ibu saudara Noor Azman yang juga seorang selebriti, Dayangku Intan Tengku Hamid, bapa saudaranya, Rosman Yahil, peguamnya, Latheefa Koya, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan peguam PKR, Sivarsa Rasiah.
|
|
Last Updated on Thursday, 17 May 2012 12:01 |
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Wednesday, 16 May 2012 19:00 |
|

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam sebarang perhimpunan di kawasan yang dilarang kerana ia jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesatuan itu tidak dapat membantu penjawat awam dalam isu membabitkan pelanggaran peraturan, meskipun ia berfungsi sebagai 'payung' yang menjaga kebajikan mereka.
"Sebagai penjawat awam, mereka tidak sepatutnya terlibat dalam mana-mana perhimpunan memandangkan mereka tertakluk di bawah Perintah Am Bab D.
"Sekiranya ini berlaku, mereka boleh diberi surat tunjuk sebab dan jika jawapan yang diberikan tidak jelas, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti diberi amaran, gantung kerja atau tindakan buang kerja bagi kes yang serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara 2012 di sini, Rabu.
Omar berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan yang disokong pembangkang dan bertukar ganas di ibu negara, 28 April lepas... - BERNAMA
MALAYSIA NEWS BERSIH CUEPACS |
|
Written by admin
|
|
Wednesday, 16 May 2012 15:34 |
|
Some countries, such as France, Germany, Russia, Austria, the People's Republic of China, the Republic of China (Taiwan) and Japan, forbid extradition of their own citizens either by law or by treaty. Such restrictions are occasionally controversial in other countries when, for example, a French citizen commits a crime abroad and then returns to their home country, perceived as to avoid prosecution. |
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 305 |
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.
|
|
Siapa di talian
We have 1076 guests online
Advertise Your Link Here
|